بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Sampaikan dariku walaupun satu ayat. (HR Bukhari)

Amaran Rasulullah s.a.w berkenaan hadis palsu

" sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka"

Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya" (HR Bukhari.)

Penulis bukan pandai dalam agama, sekadar perkongian dari maklumat yang penulis dengar dan baca. Maka jika ada kesilapan dan kekhilafan hasil tulisan penulis, harap diberikan seribu kemaafan. Mungkin ada pendapat atau idea penulis bercangah dengan pendapat sesetengah pembaca, itu tidak menjadi masalah selagi pendapat dan istijhat itu berlandaskan Al-quraan dan Al-Hadis Rasulullah s.a.w

PERHATIAN!!!

SELAIN BAB IBADAH, MUAMALAT, SUNNAH DAN BERMACAM-MACAM LAGI. PERBANDINGAN AGAMA JUGA DIMUATKAN DALAM BLOG INI. BUKAN TUJUAN UNTUK MEMPERSENDAKAN AGAMA LAIN. TETAPI SEBAGAI SATU BENTUK MAKLUMAT ILMIAH YANG PERLU DI NILAI DAN DITELITI DENGAN JUJUR DAN IKHLAS. DIHARAP SESIAPA YANG TIDAK BOLEH RASIONAL DAN JUJUR TERHADAP DIRI, TIDAK SESEKALI MEMBUKA DAN MEMBACA POST-POST BERLEBEL "KRISTIAN VS ISLAM" BAGI MENGELAKAN KRISIS DAN PERPECAHAN MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA DAN AGAMA INI. PEMBACA JUGA TIDAK DIBENARKAN MEMBERIKAN KOMENTAR-KOMENTAR YANG MENUNJUKKAN PENGHINAAN KEPADA AGAMA LAIN.DAN SEKIRANYA PENULIS MENDAPATI PEMBACA MEMBERIKAN KOMENTAR YANG TIDAK SIHAT, MAKA PENULIS BERHAK MEMADAM KOMENTAR BERKENAAN.

Sunday, December 23, 2012

Baring ketika azan?

Orang terlalu taksub dengan hadis Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Sampaikan dariku walaupun satu ayat. (HR Bukhari) sehingga mereka akan berkongsi semua "hadis" yang dikaitakn dengan sabda nabi Muhammad s.a.w.. tp mereka lupa hadis yang bermaksud " " sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" . Baru-baru ini berlegar di internet berkenaan hadis nabi berkenaan 

ini maklum balas daripada beberapa blog.
soalan : assalamua'laikum..soalan saya betulker kalau kita bbaring waktu azan nanti masa meninggal mayat kita jadi berat bila diangkat..adaker nas2 yg sahih berkaitan hal ini..Jawapan : Kami tidak menemui sebarang petunjuk tentang perkara yang anda ajukan. Dilihat ia seolah-olah seperti pantang larang yang direka-reka untuk menggalakkan org Islam bersegera mengerjakan solat. Walaupun maksudnya baik, tetapi syariat tidak memerlukan rekaan2 seperti ini. Cukuplah dengan banyak nas-nas Quran dan hadis yang menganjur supaya bersegara dalam melakukan amalan soleh secara am, dan solat jemaah secara khas.Cuma, ketika azan disunatkan menjawab kalimat2 azan, dan berdoa selepasnya. Samada dalam keadaan duduk, berdiri, berjalan, berbaring, atau apa jua keadaan. Tiada larangan daripada berbaring ketika azan. Asalkan menunaikan kefardhuan iaitu solat Fardhu atau solat jemaah.Malahan, sabit dalam hadis sahih Nabi SAW berbaring selepas baginda menunaikan 2 rakaat sunat Subuh selepas terbit Fajar. HR Bukhari (no: 600).http://abuumair1.wordpress.comhttp://al-ahkam.net/home/?q=content%2Fsj-05-0307-baring-waktu-azan-mayat-beratSoalan : assalamualaikum,
Saya nak tanya sekadar nak kepastian sbbnya saya sering dgr org kata jgn baring ketika azan berkemundang sbb nanti bila kita mati mayat kita berat. Betul ker? Maaf kalo soalan ni soalan ntah apa²..... saya cuma nak pastikan betul ker tak....

wassalam--------
Salam
‏و حدثني ‏ ‏علي بن حجر السعدي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏إسمعيل ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الحميد صاحب الزيادي ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن الحارث ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن عباس ‏ ‏أنه ‏‏قال لمؤذنه في يوم مطير إذا قلت أشهد أن لا إله إلا الله أشهد أن ‏ ‏محمدا رسول الله ‏ ‏فلا تقل حي على الصلاة قل ‏ ‏صلوا في بيوتكم قال فكأن الناس استنكروا ذاك فقال أتعجبون من ذا قد فعل ذا من هو خير مني إن الجمعة ‏ ‏عزمة ‏ ‏وإني كرهت أن أخرجكم فتمشوا في الطين ‏ ‏والدحض-------------
Dari Abdullah bin Abbas r.a bahawa Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: "Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (Marilah sembahyang) Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ (Sembahyanglah di rumah kamu) Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: "Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur." (Hadith Sahih Muslim)
‏حدثنا ‏ ‏مسدد ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏حماد ‏ ‏عن ‏ ‏أيوب ‏ ‏وعبد الحميد ‏ ‏صاحب ‏ ‏الزيادي ‏ ‏وعاصم الأحول ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن الحارث ‏ ‏قال خطبنا ‏ ‏ابن عباس ‏‏في ‏ ‏يوم ردغ ‏ ‏فلما بلغ المؤذن حي على الصلاة فأمره أن ينادي ‏ ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال ‏ ‏فنظر القوم بعضهم إلى بعض فقال فعل هذا من هو خير منه وإنها ‏ ‏عزمة ‏------------------
Dari Abdullah bin Al-Harith bahawa beliau berkata, "Ibn Abbas berkhutbah di hadapan kami pada hari radghin. Ketika muazzin sampai kepada ucapan حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ , maka beliau memerintahkan dgn berkata, ‏الصلاة في ‏ ‏الرحال (Solatlah di tempat tinggal). Kami semua saling pandang memandang, maka beliau berkata,"Hal ini telah dilakukan oleh org yang lebih baik darinya. Sesungguhnya ia merupakan keharusan." (Hadith Sahih Bukhari)

Keterangan hadith:Yang dimaksudkan bab berbicara saat azan ‏الكلام في الأذان‏ adalah mengucapkan perkataan selain azan pada saat azan dikumandangkan. Imam Bukhari tidak menegaskan hukum ini kerana hadith ini tidak ada tanda2 suruhan secara tegas. Akan tetapi keterangan yang disebutkan di tempat ini bahawa beliau membolehkan hal tersebut. Al-Hafiz Ibn Munzir telah menukilkan pendapat yg membolehkan secara mutlak dari Urwah R.A, Atha', Al-hassan serta Qatadah R.A dan inilah pendapat imam Ahmad Rh.
Kmdn dinukilkan dari An-Nakha'ie, Ibn Sirin dan Al-Awza'ie bahawa ia adalah makruh. At-tsauri tidak membolehkannya. Adapun Imam Abu Hanifah serta sahabatnya berpendapat meninggalkannya adalah lebih baik. Pendapat ini juga terdapat pada Imam Malik dan As-Syafie. Ishaq bin Rawahaih mengemukakan pendapatnya bahawa berbicara ketika azan adalah makruh kecuali bicara itu ada kaitan dgn solat. Pendapat Ishaq dipilih oleh Ibn Munzir.

Ad-dawudi berpendapat hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang bolehnya berbicara ketika azan tetapi berdasarjan pendapat sblmnya adalah sesuatu yg disyariatkan apabila perbicaraan itu termasuk sbhgn azan (spt mengajak manusiaa mengerjakan solat dsb)

Jadi adalah tidak benar sekiranya orang yg bercakap ketika azan akan dihukum mati berat sebelah kerana sesetengah fuqaha membenarkan manusia bercakap ketika azan.

Wallahua'lam

Rujukan:1. فتح الباري بشرح صحيح البخاري Ibn Hajar Al-Asqalani Juz 4 Kitab ‏الأذان2. صحيح مسلم_________________
Wassalam

Tambahan:

Apa yg anda dengar itu adalah termasuk petua orang2 tua Melayu kita dalam bab targheeb dan tarheeb (menggalak dan mencegah), maka direkanya petua dan semisal hadis palsu.

Cth yg lain:a. Janganlah memanjat pokok pisang, nanti buruk kemaluanb. Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisulc. jangan main waktu maghrib, nanti disembunyikan hantu
Maka " jangan baring ketika azan, nanti mayat berat" adalah termasuk dalam jenis ini.Yang benar: mayat memang berat kerana ia menjadi solid mass. Tambahan kalau si fulan tu dan Heavyweight, maka sudah tentulah mayatnya berat. Kalau kita dah mati, apa nak dirisaukan mayat kita berat atau ringan, yg kita kena fikirkan ialah beratnya amal. WA ---   http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/baring-masa-azan-mayat-jadi-berat.html




Wednesday, August 8, 2012

Meniliti setiap maklumat terutamanya Cerita Palsu Para Nabi dan Israilliat




Beberapa Hari lepas, penulis memberi komentar kepada rakan penulis yang "share"  diruang facebook berkenaan kisah seorang ibu kepada nabi yang matinya telah dimandikan oleh bidadari. Apabila penulis bertanyakan kepada rakan penulis adakah beliau mempercayai penulisan tersebut, maka terdapat seoranag rakan facebook yang membalas dengan komen balas yang seperti ini "bukan tugas kte na judge apa yg kita tak tahuu... yg baik amek iktibar la yeee" ---- Dilihat betul hujahnya apabila kita melihat berdasarkan teks ucapanya. sememangnya sesuatu yang kita tidak tahu perlulah kita mencegah diri kita dari membuat ulasan, kritikan mahupun pendapat. sebagai contoh isu fitnah terhadap seorang wanita. maka situasi itu yes, kena thn diri kita 
dari membuat sebarang hujah yang kita tidak tahu,dan tentunya lagi yes kita ambil iktibar dari fitnah itu.... Tetapi bila kita melihat keseluruhan perpektif apabila seseorang mengeluarkan sesuatu isu agama, yang secara terang tiada dlm hadis dan Al-quraan serta kita tahu mmg tiada sumber, maka WAJIB kita kritik atau nasihat penulisan itu. Bila ada orang 'share' isu agama itu..tiba2 kita persoalkan, boleh dipercayai artikel berkenaan kerana secara terang2 kita lihat tak ada dlm al-quraan dan hadis( mengikut ilmu yang ada, mungkin terlepas padang hadis dan ayat al-quraan berkenaan isu itu) ... tiba2 ada orang kata ""bukan tugas kte na judge apa yg kita tak tahuu... yg baik amek iktibar la yeee"" maka kita lihat kesongsangan Pemikiran disitu.... sebagai contoh, sekirannya kita keluarkan artikel "masa zaman kanak2 Rasulullah s.a.w, Rasulullah pernah dikahwinkan dengan bidadari oleh malaikat jibril a.s kerana berkata benar" tiba2, kita persoalakan artikel yang dishare itu.. maka ada orang komen "bukan tugas kte na judge apa yg kita tak tahuu... yg baik amek iktibar la yeee".. adakah boleh kita mengambil iktibar dari sesuatu yang mendustakan Nabi2 kita....? walaupun dia kata artikel ini diambil dari himpunan cerita2 nabi, adakah cerita itu selari dengan Al-quraan dan Hadis? adakah penulis buku himpunan cerita2 nabi itu ada semasa Rasulullah s.a.w dikahwinkan oleh malaikat jibril(sebagai contoh). Jadi dlm kegairahan kita nak share sesuatu itu, adalah lebih baik kita membuat beberapa bacaan sebelum melakukannya...... igat, berdusta keatas nabi berbeza dengan berdusta keatas manusia lain...  wallahualam.....











nota : Kisah2 nabi yang ada israilyat ..belum lagi cerita2 palsu tentang nabi2.... adakah kita nak sebarkan unsur israilyat ini???


ZON KING: AisCream Baskin Robbins Free

ZON KING: AisCream Baskin Robbins Free

TerLalu ramai Org buruk sangka..cubalah dalam hidup kita berbaik sangka..... seorang yang makan dikedai makan waktu azan asar berkumandang...adakah boleh kita mengatakan dia tidak mengerjakan solat asar??? teringat satu cerita, dua orang lelaki berjalan menuju ke masjid,dan apabila lelaki a berselisih orang yang berjalan arah berlainan daripadanya..maka lelaki berkata kepada lelaki b "apa sudah jadi dengan umat islam itu,mengejar dunia sehingga mengabaikan akhirat..." maka berkata lelaki b "adakah kau ingin mengatakan kau lebih beriman dari orang lain?adakah kau ingin mengatakan lelaki itu tidak mencintai Allah dan rasulnya? Mana kau tahu apakah di hatinya? adakah kau tahu, mungkin dia seorang yang sangat mencintai Allah dan rasulnya... adakah kau tahu mungkin saja dia bertahjud malam waktu insan2 lain lena diulit mimpi?" maka berkata la Lelaki a, "astaghfirullah sesungguhnya aku telah melampaui batas. ampunkan la aku Ya Allah" kemudian lelaki a pergi mencari lelaki yang berselisih dengannya kerana sesungguhnya dosa kepada manusia hanya boleh diampunkan oleh manusia itu sendiri.... 

Saturday, July 21, 2012

HADIS PALSU : Doa Jibril menjelang Ramadan

  

*
Ini BUKAN HADIS

"Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan "

Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
- Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali."

Setelah diteliti oleh ahli hadits, do’a Malaikat Jibril tersebut tidak ditemui asalnya, bahkan di kumpulan hadits palsu atau dlo’if pun tidak ada. Tidak ditemui sebarang tanda yang boleh membawa kita menilai darjatnya.

Sumber: http://soaljawab.wordpress.com 


Yang di bawah ini hadis sahih :

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?” “Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya. “Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin” “Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”. (H.R Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya 3:188) 

Saturday, November 5, 2011

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains



Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

Memahami Hukum Islam ( Hudud, Qisas dan Takzir)





Sesungguhnya Islam agama yang syumul yakni agama yang menyeluruh dari semua segi.  Allah s.w.t telah menetapkan segala peraturan yang perlu di ikuti oleh hambanya yang termaktub dalam Al-Quran, tanpa boleh di pertikaikan walaupun satu huruf dalam Al-Quran. Dari Aspek Ibadat, Sosial, Perniagaan dan bermacam-macam lagi. Antara juzuk(bab) didalam Al-Quran berkenaan undang-undang yang dikenali oleh hudud oleh masyarakat Malaysia, tetapi sebenarnya hudud merupakan satu pecahan daripada undang-undang islam kerana dalam islam terdapat 3 undang-undang yang diperutukan iaitu Hudud, Qisas dan Takzir.


" (Inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami WAJIBKAN hukum hakamnya dan Kami Turunkan di dalamnya tanda-tanda(Kebesaran Allah) yang jelas, agar kamu ingat" Surah Al-Nur (Cahaya) 24:1


Bagitulah ayat pertama dalam Surah Al-Nur yang Allah s.w.t sendiri telah meletakan hukum WAJIB kepada hukuman ini. Janganlah sesiapa orang islam menolaknya, kerana itu perintah Allah s.w.t. Undang-undang pertama adalah Hudud.


HUDUD - Undang-undang yang ditentukan(hukuman) Allah s.w.t dan tidak boleh untuk diubah oleh sesiapa hatta Rasulullah s.a.w. Undang-undang ini adalah hukuman terhadap 6 jenis jenayah iaitu


1. Zina (melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan isteri/suaminya)
" Penzina* perempuan dan penzina lelaki, sebatlah masing-masing pada keduannya seratus kali...." Sebahagian daripada Surah Al-Nur 24:2
 * maksud penzina dalam konteks ayat ini apabila seseorang telah terbukti melakukan zina dengan 4 orang saksi.


Allah s.w.t adalah tuan dan tuhan kepada manusia, Allah s.w.t mahu melindungi manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian. Melindungi nasab(keturunan) manusia dari tercemar. Lihatlah zina yang berlaku sekarang, menyebabkan kes pembuangan bayi berleluasa menjadi semakin parah. Adakah hukuman manusia sekarang tidak menghalang kepada masalah zina dan buang bayi? Jawapanya dari segi hukuman sememangnya niatnya adalah untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi adakah niat menjamin kepada penyelesaian masalah. ianya tidak. Mengapa perlu ada hukum manusia sedangkan telah Allah s.w.t perintahkan hukuman yang sesuai dan berkesan untuk dilaksanakan.


2, Tuduhan zina ( Menuduh seseorang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan isteri/suaminya)


" Dan orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan 4 orang saksi**, maka sebatlah mereka lapan puluh kali dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itulah orang fasik "


** Saksi dalam hudud menepati 7 keteria tersebut
i. Wajib 4 orang saksi
ii. Keempat-empat adalah lelaki
iii. Mesti saksi itu orang yang adil ( tak melakukan dosa besar dan meninggalkan dosa kecil)
iv. Keempat saksi mestilah islam
v. Seorang yang berakal
vi. Baligh
vii. Mesti saksi melihat kemaluan lelaki masuk kedalam kemaluan wanita atau seumpamanya seperti melihat timba/gayong masuk kedalam telaga/perigi 
Bagitu susah untuk menjadi saksi, kerana seorang saksi mestilah yang baik iaitu yang terdapat dalam keteria di atas kerana untuk memastikan kebenaran selain menuduh seseorang melakukan zina adalah isu yang sangat besar kepada kehormatan orang kena tuduh. Hukum ini termasuk kesalahan menuduh orang lain zina atau menuduh orang lain merogol.  Orang selalu menyoalakan isu ini, ucapan seperti "kalau seseorang itu betul kena rogol dan tak dapat bawa 4 saksi macam mana, tak akan dia kena sebat 80 kali. sudahlah dia kena rogol, kena sebat pulak lagi" atau " tak akan orang yang rogol perempuan dan kata pada orang lain 'wei mari kesini 4 orang saksi...aku nak rogol perempuan ini" ada juga yang berkata " tak ada orang rogol ditempat ramai orang yang boleh dapatkan 4 orang saksi, mestilah tempat sunyi yang tak ada orang" . Itu antara persoalan orang yang jahil(tidak mengetahui), sebenarnya seseorang yang mengadu dirogol tidak termasuk dalam hukum ini sekiranya dia membuat laporan untuk dilakukan penyiasatan dan apabila tiada 4 orang saksi dibawa, maka kes ini akan diturunkan kepada hukum Takzir(hukum atau undang yang ditetapkan pemerintah seperti undang-undang sivil yang sedia ada) yang membolehkan bahan bukti seperti video, DNA dan lain-lain lagi. Berbeza dengan mereka yang mengatakan dirogol dan menghebahkan kepada orang awam untuk mengaibkan seseorang walaupun dia dirogol maka dia perlu mengemukakan 4 orang saksi  sekirannya tiada, 80 sebatan akan dikenakan. Ini kerana islam menjaga keharmonian dan kehormatan seseorang, perbuatan menghebakan kepada orang awam bukan sahaja mengibkan seseorang (walaupun betul) malah mengundang kepada ketidak stabilan sosial masyarakat.
3.  Minum Arak -  Minum arak menyebabkan kehilangan akal seseorang. Berbeza otak dan akal, otak adalah organ yang pada manusia dan haiwan, manakalah akal adalah yang ada pada otak manusia untuk membuat pertimbangan sesuatu. Mengapa tidak dibenarkan memandu semasa mabuk(kerana minum arak) ini kerana akan menyebabkan kecelakaan jalan raya dan kesan buruk kepada orang lain . Apabila seseorang dalam keadaan mabuk, maka bermacam-macam perkara buruk berlaku seperti pegaduhan,pembunuhan,zina, rogol dan bermacam-macam lagi. Oleh itu islam mengharamkan arak dan menghukum mereka yang minum arak dengan hukuman rotan sebanyak 40 hingga 80 rotan.


4. Mencuri - Orang yang mencuri hukumnya adalah dikerat tangan, berdasarkan Surah Al-Ma'idah ayat 38
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya(sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Ma'idah 5:38)
Gambaran orang awam selalunya melihat hukuman ini kejam, selalu kita gambarkan apapun perbuatan mencuri adalah hukumnya potong tangan sehiggalah walau curi selipar itu pun di katakan akan dipotong tangan. Sebenarnya tidak, Islam mengariskan beberapa syarat untuk melaksanakan hukuman ini


i. Nilai barang yang dicuri melebihi dari nilai seperempat dinar (1 dinar emas rm650, seperempat bernilai  rm162.50)


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”(Riwayat Bukhari Muslim)
ii. Pencuri itu mestilah tidak gila ( tidak berakal boleh membawa makna gila, terencat akal  dan lain-lain seumpamanya), sudah baligh dan kamahuan sendiri. 
pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)
iii. Mencuri bukan kerana lapar- Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)


Bagi mereka yang mencuri tetapi terlepas dari hukum hudud(potong tangan) kerana kurang nilai curian seperempat dinar, mencuri kerana dipaksa dan mencuri kerana lapar maka mereka tidak terlepas hari hukuman kerana mereka akan diberikan hukuman takzir dari pemerintah. Lihatlah keindahan islam, susuan yang teratur dan tidak menindas.




Hukuman yang dikatakan  'kekejaman' inilah yang memberi keharmonian kepada masarakat. Sepanjang 10 tahun hukuman ini dijalankan Rasulullah s.a.w, hanya 2 orang sahaja yang dikenakan hukuman kerat tangan ini. Data ini menunjukan, bagaimana  berkesannya hukuman ini kepada orang ramai untuk tidak mencuri. 


5. Merompak/samun -  Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugu sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara sehingga meninggal.


6. Riddah ( Murtad/keluar dari agama islam) - Keluar dari agama islam dan menganuti agama lain atau tidak bertuhan. hukuman yang dijalankan adalah hukum bunuh. Tetapi sebelum hukuman itu dijalankan, beberapa sesi kaunseling oleh pakar akan di adakan dan tempoh masa ditetapkan untuk seseorang kembali kepada islam. Sekiranya berkeras, hukuman bunuh akan dilakukan.


Undang-undang kedua adalah Qisas,




QISAS - Hukuman yang sama dilakukan kepada mangsa. Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga. Mengikut Hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
 Maksudnya;           
“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah 5:45)
Penebus dalam surah ini membawa maksud Diat, Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Diat hanya diberikan sekirannya keluarga mangsa atau mangsa memaafkan kesalahan pelaku itu dan diat/ganti rugi akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan.

Undang-undang ketiga adalah Takzir

TAKZIR- hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu. Dengan kata mudah hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan-kesalahan yang bukan hudud dan qisas atau hukuman yang dikenakan kepada mereka yang tidak mempunyai bukti kesalahan yang secukupnya untuk disabitkan hukuman Hudud atau Qisas.

Hukuman ini adalah hukuman yang ditetapkan pemerintah, dalam konteks negara kita undang-undang sivil boleh digunakan sebagai hukuman takzir.

Kepada mereka yang muslim, mengapa hendak ditentang hukum Allah s.w.t ini, sedangkan Allah telah mewajibkan hukuman ini. Sesungguhnya sesiapa yang menidakan 1 huruf dalam Al-Quran bersiaplah dengan 1 tempat di neraka. Tidak timbul soal masyarakat berbilang kaum sedangkan HANYA orang islam yang terikat dengan undang-undang ini. Mengapa perlu mengambil kira pendapat mereka(bukan islam)? Kalau begitu kaedahnya(mengambil kira pandangan bukan islam) maka kenapa tidak meminta pandangan mereka semasa hendak dilaksanakan undang-undang keluarga islam yang terkandung nikah,cerai, talak, tidak berpuasa di bulan Ramadhan? Jika anda katakan undang-undang hudud ini adalah undang-undang hudud rekaan sesuatu parti politik, maka tunjukkan pula undang-undang hudud yang sebenar. Ramai yang akan kata, bukan tolak hudud, tapi tak sesuai di laksanakan lagi. Saya tanya anda apakah maksud wajib? ALLAH MEWAJIBKAN HUKUM INI.

KEPADA MEREKA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM, HUKUMAN INI HANYA UNTUK ORANG ISLAM. MENGAPA PERLU MENENTANG? ANDA TIDAK TERMASUK DALAM HUKUM INI. ANDA HANYA TERIKAT DENGAN UNDANG-UNDANG SIVIL. TINDAKAN ANDA MENENTAG SEUMPAMA MELARANG KAMI MELAKSANAKAN AGAMA KAMI. BAGAIMANA PERASAAN ANDA SEKIRANNYA KAMI MELARANG ANDA MENGIRINGI MAYAT MENDIANG KELUARGA ANDA DENGAN  ROMBONGAN MANUSIA  DAN BUNYI-BUNYIAN, VAN YANG BERGERAK PERLAHAN MENUJU KE TANAH PERKUBURAN SERTA MELARANG ANDA MEMBAKAR MERCUN SEMASA PERAYAAN ADA ATAU MELARANG ANDA MENJALANKAN UPACARA THIPUSAM? ANDA RAKYAT MALAYSIA, KAMI MENGHORMATI HAK ANDA SEBAGAI WARGA, ANDA JUGA PERLU MENGHORMATI HAK KAMI SEBAGAI ORANG ISLAM. SEBAGAI CONTOH MUDAH SAYA BERIKAN, ANDA(ORANG INDIA) ADA JIRAN ISLAM. JIRAN ANDA SEDANG MAKAN  RENDANG DAGING LEMBU(LEMBU ADALAH HAIWAN SUCI MASYARAKAT INDIA), TIBA-TIBA ANDA MASUK KERUMAH JIRAN ANDA DAN MELARANG MEREKA MAKAN DAGING LEMBU, ADAKAH BENAR TINDAKAN ANDA? ATAU ANDA(ORANG CINA) SEDANG MENIKMATI DAGING KHINZIR/BABI BAKAR( ORANG ISLAM DIHARAMKAN MAKAN BABI) , TIBA-TIBA JIRAN ANDA YANG BERAGAMA ISLAM MASUK KE RUMAH ANDA DAN MELARANG ANDA MEMAKAN DAGING BERKENAAN. APAKAH TINDAKAN ANDA? ADAKAH BENAR TINDAKAN JIRAN ANDA ITU? BEGITULAH HALNYA DENGAN UNDANG-UNDANG ISLAM. ANDA TIDAK PERLU TAKUT DENGAN HUDUD, KERANA HUDUD BUKAN UNTUK ANDA TAPI UNTUK KAMI. SEMEMANGNYA DALAM ISLAM TIDAK MENGENAKAN ANDA TERHADAP HUKUM HUDUD INI.

MUNGKIN ANDA MENGATAKAN BAHAWA HUDUD YANG HENDAK DIJALANKAN KEATAS ORANG ISLAM SAHAJA INI ADALAH LANGKAH AWAL ORANG-ORANG ISLAM SEBELUM MENGENAKAN HUKUMAM HUDUD KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA(TERMASUK ORANG BUKAN ISLAM) TETAPI SEBENARNYA TIDAK. UNDANG-UNDANG ISLAM UNTUK ORANG ISLAM. NABI KAMI MUHAMMAD S.A.W TIDAK PERNAH MENGENAKAN HUKUMAN HUDUD PADA ORANG BUKAN ISLAM, MELAINKAN NABI MENGARAHKAN HUKUMAN TAURAT(KITAB SUCI ORANG YAHUDI) DIKENAKAN KEATAS ORANG-ORANG YAHUDI YANG MELAKUKAN KESALAHAN DI MADINAH.


nota : video hukuman rotan dalam islam, tidaklah seteruk hukuman rotan sivil



Wednesday, November 2, 2011

Jesus atau Muhammad s.a.w disebut dalam Perjanjian Lama? Bahagian 3


Sambungan dari bahagian 2 

Beliau berada disebuah tanah arab yang terdiri megah Piramid yang menjadi kebanggaan seluruh bangsanya. Waktu itu Ahmad Deedat berjumpa dengan seorang wanita mesir yang menolong menguruskan visanya.

Ahmad Deedat : Apakah kamu seorang muslim?
Wanita : Tidak, saya seorang kristian Mesir.
Ahmad Deedat : Tahukah anda bahawa sebelum Jesus Christ meninggal dunia, beliau memberitahu sesuatu kepada murid-muridnya?(Ahmad Deedat membacakan bible bahasa arab)

Namun, aku mengatakan kebenaran ini kepada kamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, Jika aku pergi. Sebab jikalau aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu. Tetapi jikalau aku pergi, aku akan mengutus dia kepadamu" (Bible - John 16:7)

Ahmad Deedat : (Kata conforter(Penghibur) di atas dalam bahasa arab adalah "Al-Maaouzzi".) Siapakah Al-Maaouzzi pada ramalan tersebut?
Wanita : Saya tidak tahu.

Ahmad Deedat : Kami diberitahu dalam Al-Quran bahawa Jesus Christ telah berkata pada murid-muridnya:

".... dan memberi Khabar gembira dengan ( datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" (QS.As-Saff:6)

Ahmad Deedat : Ahmad ini nama lain untuk Muhammad, dan Muhammad adalah Moouzzi (jika dirujuk dalam bible)
Wanita : Sangat aneh, orang mesir ini (orang islam mesir)  mengajak kami ke panggung wayang, mereka mengajak kami untuk menari, tetapi tidak ada yang pernah mengatakan Moouzzi ini.

Tegurlah...

sebagai seorang insan, penulis tidak terlepas dari kekhilafan. Di minta kepada pembaca yang mempunyai maklumat, teguran dan pendapat kepada penulis. Insyallah, penulis akan memperbaikinya.

Template by:
Free Blog Templates